← All Posts

Kalau belum pernah ada insuran, insuran apa yang perlu ambil?

Ada kala, ada customer yang beritahu saya specific apa yang dia mahukan, dan saya akan berikan quotation sesuai dengan bajet atau perlindungan yang dia inginkan. Boleh jadi customer nak satu jenis plan sahaja yang berbentuk standalone kalau memang itu sahaja yang dia nak cari. Contohnya hanya kad medical, atau hanya untuk pampasan kematian.

Ada kala juga, ada customer yang tak tau pun apa yang dia perlu ambil, dia tak tau macam mana nak “mula”, tapi dia inginkan juga sejenis perlindungan supaya agak tenang fikiran dari risiko kehidupan kemudian hari.

Circumstance, atau keadaan dan keperluan setiap orang berbeza, jadi tidak akan satu pakej yang kita boleh tangkap muat untuk semua orang.

Kalau contohnya saya nak recommend insuran nyawa kepada pelanggan, saya kena perlu sesuaikan jumlah yang saya akan nasihatkan pelanggan ambil berdasarkan komitmen, perbelanjaan, jumlah tanggungan dan juga saiz perniagaan sekiranya beliau inginkan keyman policy.

Tapi kalau ada yang single, tiada komitmen, dan nak start satu plan, apa yang saya akan suggest adalah satu pakej investment-linked dengan beberapa perlindungan berikut sebagai permulaan:

a. Insuran nyawa, untuk pampasan kematian atau disability

b. Insuran penyakit kritikal, untuk pampasan sekiranya kena diagnosis salah satu dari penyakit kritikal yang disenaraikan

c. Insuran medical, untuk cover kos rawatan perubatan

d. Personal accident, sebagai pampasan kematian dan disability tambahan sekiranya ia disebabkan kemalangan

e. Elaun wad harian, untuk cover kos deductible dari kad medical

f. Waiver, supaya sekiranya disabled atau kena penyakit kritikal, caruman tidak lagi perlu bayar.

Kalau saya letak coverage tahunan medical RM 1.5 juta, dengan pampasan nyawa, penyakit kritikal dan personal accident masing-masing RM100K, dengan elaun wad harian RM100, caruman bulanan pakej ini untuk seseorang yang berusia 25, lelaki dan tidak merokok contohnya, adalah RM 275.00. PDF saya kepilkan di hujung blog ni.

Jumlah-jumlah ni boleh dinaikkan atau dikurangkan sesuai dengan permintaan pelanggan. Tapi kalau coverage sampai rendah sangat sebab nak kurangkan bajet, risau plan insuran tu pula yang jadi kurang bermakna. Sebab kita nak ambil insuran untuk melindungi kita dari sesetengah musibah yang mungkin boleh memudaratkan keadaan kewangan kita, dan apabila perlindungan rendah sangat, sekiranya terjadi yang tidak diingini, jumlah payout tu rendah dan tidak membantu semasa kita memerlukan wang itu. Kalau mampu, ambil lah perlindungan yang lebih tinggi.

Kalau belum mampu juga tidak apa, pelanggan boleh mulakan dengan coverage yang lebih rendah. Kelebihan plan investment-linked adalah, selain dari caruman-nya kekal dengan kenaikan usia, ianya juga fleksibel dan boleh lagi kita tambah perlindungan di plan yang sama kemudian hari tanpa perlu ambil polisi baru.

Terima kasih! – wan

Male 25 non-smoker.pdf

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp