← All Posts

Standalone vs investment-linked

Ringkasan am

Sebagai ejen insurans, saya selalu dapat soalan ni: mana lagi elok, ambil produk X sahaja ke (standalone), atau produk X dalam bentuk investment-linked? Yang mana satu biasanya orang ambil?

Tiada jawapan yang semestinya betul atau salah, biasanya saya akan berikan nasihat bergantung kepada beberapa soalan ni:

  1. Berapa lama nak maintain product ni? Contohnya, kalau kita nak satu product sahaja dan hanya di Malaysia beberapa tahun sahaja (sebagai expat), maka saya biasanya akan suggest standalone sahaja.
  2. Ada nak buat simpanan dalam insurans tak? Kalau nak, dengan polisi investment-linked, kita boleh tambah simpanan di atas caruman biasa kita.
  3. Nak ambil berapa product? Kalau nak ambil pampasan kematian (Life), critical illness, personal accident, medical sekaligus, dan juga pampasan-pampasan lain, lebih murah ambil dalam pakej investment-linked.
  4. Kalau nak satu product sahaja, tapi kita plan nak maintain product ni lama dan tak nak risau tentang kenaikan harga yang berkait dengan usia, saya juga akan suggest investment-linked. Sebabnya, cost of insurance mana-mana produk pun akan naik, tapi investment-linked ni walaupun harga dia lebih tinggi, tapi ada komponen simpanan di situ yang digunapakai untuk meng-cover semula kenaikan kos itu di masa depan.
  5. Last sekali, dan mungkin yang paling penting, adalah bajet. Mungkin kita nak insurans, tapi tak mampu nak ambil investment-linked. Atau kita dah berkeluarga dan dah ada beberapa anak, dan nak insure-kan sekali ramai orang. Kalau ambil investment-linked, memang tinggi caruman-nya. Untuk jangka masa pendek dan untuk penjimatan caruman dalam situasi ni, lagi sesuai ambil standalone.

Perbezaan harga

Saya nak tunjukkan comparison kedua dua plan ni. Contoh ini menggunakan seorang lelaki berusia 30 dan tidak merokok, dan kita buat estimate pembayaran ni sehingga usia 80.

Kenapa sampai 80? Actually boleh je nak buat comparison sampai usia 100, tapi kita kira ni ikut realiti purata jangka hayat manusia kebanyakan la.

Kita akan menjawab beberapa persoalan:

  1. Berapa harga permulaan standalone, dan berapa yang kita akan bayar total sampai usia 80.
  2. Berapa pula harga investment-linked, dan berapa yang kita akan bayar sehingga usia 80.
  3. Yang mana lagi berbaloi?

Berapa harga permulaan standalone, dan berapa yang kita akan bayar total sampai usia 80.

Untuk memudahkan kiraan, kita akan gunakan caruman per tahun instead of per bulan.

Untuk lelaki usia 30, caruman per tahun dia adalah RM 1,077. Caruman akan naik ikut usia, jadi harga RM 1,077 tu takkan tetap sampai bila-bila.

Untuk total sampai usia 80, total dia adalah RM 226,700. Kenapa boleh banyak macam tu? Sebab antara usia 60-80 tu memang kaw la kenaikan dia.

Boleh tengok lampiran untuk harga year by year.

Harga investment linked pula macam mana?

RM 2,000 setahun. Ha, double kan dari harga standalone tadi? Tapi ingat, caruman ni kekal sampai usia 80 tu. Dari usia 30 – 80 ada 50 tahun, jadi total dia RM 100,000.

Kenapa boleh macam ni, investment linked tak naik harga ke?

Sebenarnya, cost of insurance (COI) / tabarru’ standalone ke, investment-linked ke, sama je, naik. Tapi, sebab kita dah carum lagi tinggi awal-awal masa muda, ada sebahagian portion dari caruman kita tu yang masuk kepada cash value kita dan cash value tu pun menjana keuntungan dalam tempoh masa yang panjang.

Cash value tu pula akan cover kenaikan COI kita apabila COI dah lebih tinggi dari caruman bulanan kita.

Mana yang lebih berbaloi?

Jawapan ringkasnya, kalau ada bajet, ambil investment-linked. Lebih murah dalam jangka masa panjang.

Ada beberapa sebab lain selain harga:

a. Investment linked ni ambil masa lebih lama nak lapse, sebab kalau tiba tiba kita tak cukup duit, mungkin cash value kita cukup untuk bayarkan caruman kita untuk sementara waktu.

Kalau standalone, sebulan tak bayar, memang lapse. Pasal lapse ni saya akan ceritakan kemudaratan dia kemudian hari.

b. Investment-linked lebih fleksibel, kita boleh tambah feature seperti pampasan penyakit kritikal, manfaat eksiden, elaun wad, dan lain-lain. Standalone tak boleh tambah apa apa lagi.

Tapi, tak bermakna ambil standalone salah. Ini beberapa sebab kita mungkin nak ambil standalone:

a. Bajet kita tak cukup nak ambil investment linked, tapi kita nak perlindungan insurans/takaful tu. Jadi lebih baik ada dulu daripada tiada

b. Kita tak menetap lama di Malaysia, mungkin kita warga asing, atau nak berhijrah dalam beberapa tahun ke luar negara untuk kerja/belajar.

c. Atau, mungkin kita ada strategi lain yang membuatkan kita tak nak ada plan investment-linked ni. Itu pun tidak mengapa. Yang penting, kita dah tau la semua pro/cons kedua dua product ni.

Rujukan:

Perbandingan harga standalone medical card vs investment linked (2).xlsx

Contoh investment-linked.pdf

Contoh standalone.pdf

Terima kasih! – Wan

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp