← All Posts

Deductible, co-insurance/co-takaful

Insurans akan bayar untuk kos rawatan kita di hospital. Ada insuran yang bayar 100%, dan ada juga yang bayar sebahagian sahaja.

Kenapa boleh ada kes insuran hanya bayar sebahagian? Ada beberapa sebab:

  1. Had tahunan yang tak mencukupi
  2. Ada co-insurans/co-takaful (untuk sepanjang post ini, kita akan sebut sebagai co-insurans sahaja)
  3. Ada deductible

Konsep co-insurans dan deductible ni adalah supaya patient membayar sebahagian dari kos rawatan.

Walaupun pada awalnya ni nampak macam merugikan, sebenarnya ianya berfaedah untuk syarikat insuran dan juga customer. Syarikat insuran biasanya akan melihat kurang claim dengan adanya bayaran sebahagian dari bil ditanggung oleh customer. Manakala dari pihak customer pula, co-insurans dan deductible ni boleh menjadikan caruman kita lebih murah.

👉 Jadi, kita akan expand sikit pasal co-insurans dahulu. Co-insurans ni adalah peratus yang kita kena bayar dari jumlah bil hospital tu. Contohnya kalau bil hospital kita RM 10,000 dan co-insurans kita adalah 10%, maka syarikat insurans akan bayar RM 9,000 dan patient pula kena bayar RM 1,000.

👉 Kemudian, ada pula yang dinamakan deductible. Deductible ni adalah tetap, bukan seperti co-insurans tadi. Contohnya kalau deductible kita RM 500, dan bil hospital kita RM 5,000/ 10,000/ 100,000, jumlah yang kita kena bayar sama sahaja, RM 500, dan selebihnya akan dibayar oleh pihak insuran.

Kalau untuk AIA, kita ada beberapa tier deductible, bergantung kepada jenis produk. Kebanyakannya adalah RM500

Jadi, yang mana yang lebih elok sebenarnya: ambil yang tanpa co-insurans dan deductible, atau pilih yang ada?

Jawapannya tiada yang betul atau salah, ini akan bergantung kepada situasi masing masing. Kalau rasa tak nak pening dah dan nak bayar caruman je, dan kalau ada apa-apa jadi tak perlu bayar kos tambahan, ambil je lah yang insuran bayar penuh. Kalau nak penjimatan pula, boleh pilih yang ada deductible / coinsurans tu.

Satu nota tambahan, biasanya polisi akan ada co-insuran atau deductible, bukan kedua-duanya. Kalau di AIA pula, tiada polisi yang ada co-insuran. Semua pilihan dari AIA hanya mengamalkan deductible sahaja.

Terima kasih! – Wan

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp