← All Posts

Macam mana nak faham kiraan caj insuran di ilustrasi jualan (quotation) investment-linked

Kalau kita dapat quotation investment-linked ni, biasanya kalau tanpa guidance dari ejen memang jadi pening sikit, sebab banyak sangat mukasurat, banyak sangat jargon, dan banyak sangat table.

Quotation ni terbahagi kepada 3 bahagian

  1. Sales illustration (ilustrasi jualan)

    Beberapa mukasurat ni menjelaskan bagaimana polisi/certificate ni berfungsi, pecahan caj-caj dalam polisi dan jangkaan pulangan account value.

  2. Product disclosure sheet (lembaran pendedahan produk)

    Bahagian ni pula menjelaskan tentang manfaat dan disclaimer setiap product yang kita ambil dalam plan tu.

  3. Fund-fact sheet (lembaran fakta dana)

    Bahagian ni menjelaskan tentang dana yang dipilih yang akan dilaburkan dari sebahagian dari caruman kita

    Untuk point nombor ii dan iii ni, dia memang berjela, tapi takde la susah sangat nak faham. Yang paling pening nak faham ni adalah table di bahagian pertama ni (i.).

Soalan yang saya selalu dapat dari bahagian pertama:

  1. Berapa percentage yang akan masuk dalam savings (account value) saya?
  2. Dari jumlah yang saya bayar, berapa sebenarnya yang digunapakai untuk insuran/takaful saya?
  3. Kenapa banyak sangat nombor ni. Ada benda yang hidden ke ni?

Ok, jom kita cuba fahamkan benda ni. Boleh klik file di bawah dan buka di mukasurat 4 dan anda akan nampak table ni:

  1. Column yang paling kiri dan paling kanan adalah usia polisi dan usia anda
  2. Premium paid adalah caruman yang anda bayar setiap tahun. Kalau contohnya bayar RM 200 sebulan, maka table ni akan tunjukkan jumlah 2,400.
  3. Allocated premium ni adalah jumlah yang sebenarnya kita bayar untuk caruman kita. Kenapa jumlah tu jauh kurang dari caruman yang kita bayar tu? Sebab, untuk beberapa tahun pertama, ada caj perbelanjaan penanggung insurans atau takaful, dan komisen kepada ejen. Kalau kita tengok dari tahun ke-10 dan tahun-tahun selepas tu, premium paid = allocated premium sebab tiada lagi caj syarikat dan komisen.
  4. Cost of insurance, atau tabarru dalam sijil takaful, bermakna kos menanggung jumlah insuran yang anda ambil. Ianya terbahagi kepada 2: basic dan rider. Basic bermakna Life insurance, manakana rider adalah yang lain-lain (semua total medical, critical illness, personal accident dan apa-apa lagi manfaat tambahan yang anda pilih). Pecahan kos rider ni ada di mukasurat 8 di PDF ni. Cuma untuk contoh ni, ada satu rider je, kalau ada banyak rider, maka page tu pun akan menunjukkan lebih banyak column.
  5. Other charges adalah: RM 3 per bulan untuk caj admin polisi, dan RM 8 per bulan adalah caj admin kalau ada kad medical. Sebab contoh ni ada kad medical, maka total per bulan adalah RM 11, dan setahun jadilah RM 132
  6. Fund management charge adalah 1.5% dari jumlah account value kita. Kalau kita ada RM 1,000 di account value, maka caj dia adalah RM 15. Tapi kat sini account value yang ditunjukkan adalah RM 1,200 tapi caj dia RM 9 sahaja. Jadi saya kena tengok balik dan berikan jawapan yang lebih tepat dalam edit kemudian hari.
  7. Ok, last sekali, macam mana nak kira berapa duit account value kita (simpanan).

    Allocated premium (2820) – cost of insurance (25+1475) – other charges (132) – fund management charge (9) X projected rate of return 5% = RM 1,237.95

    Bundarkan kepada ratus yang lebih rendah, maka ia akan jadi RM 1,200. Ha, sama kan macam column non-guaranteed account value scenario Y tu?

Harap tutorial ni membantu! – wan

Sample quote.pdf

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp