← All Posts

Tempoh matang dan cara-cara claim

  1. Apabila ambil insuran individu, tak serta merta kita boleh claim. Kenapa macam ni?
  2. Sebab, ada konsep waiting period, atau lebih lazim dikenali sebagai tempoh matang (tapi sebenarnya penggunaan term ni tak betul).
  3. Waiting period ni adalah tempoh kita kena tunggu selepas mula mencarum, sebelum kita boleh buat sebarang claim. Kenapa perlu ada waiting period dalam insuran, sebabnya adalah berikut:

    Untuk mengelakkan cover pre-existing illness, atau sebarang sakit yang dah ada sebelum dari mencarum lagi. Ianya merupakan risiko tinggi bagi syarikat insuran/takaful sekiranya ada pencarum yang tidak jujur tentang medical history semasa permohonan masuk insuran, kemudian terus nak claim.

    Boleh jadi juga, pemohon jujur je, tapi kemungkinan besar sakit tu memang dah ada lagi sebelum memohon sebab terlalu cepat antara tempoh mula mencarum sehingga claim.

  4. Ini adalah senarai waiting period:

    a. Accident: tiada waiting period, serta merta boleh claim. Sebab accident tak mungkin-lah pre-exiting kan. Ianya tidak dijangka boleh berlaku

    b. Diseases; contohnya macam viral/bacterial fever, denggi: 30 hari

    c. Lain-lain – specified illness*: 120 hari

    *senarai specified illness ni saya akan attach gambar di penghujung blog

  5. Cara claim pula macam mana?
    • Cashless menggunakan surat jaminan (guarantee letter), atau
    • Reimbursement – kita kena bayar dulu dan syarikat insuran bayar kita balik sekiranya:

    i. 4a. dan 4b. : kalau ada claim sebelum 90 hari, ianya under reimbursement

    ii. 4c. kalau ada claim sebelum dari 2 tahun, ianya under reimbursement. Kenapa lama sangat 2 tahun? Sebab syarikat kena selidik dan pastikan penyakit tersebut bukan pre-existing sebelum mula mencarum.

  6. Kesimpulan:

Guideline di atas adalah standard bagi semua syarikat insurans dan takaful untuk plan yang diambil secara individu. Ini saya simpulkan sendiri selepas membaca policy contract beberapa syarikat, tapi sekiranya ada company yang menggunakan guideline berbeza, saya minta maaf in advance, dan boleh share kepada saya supaya saya boleh edit post ni dengan info yang lebih updated.

Dan, claim di insuran ni bukanlah semua cashless ya, memang claim ada yang reimbursement. Jangan risau syarikat insuran tak bayar claim. Sekiranya memang tiada medical record yang berkenaan sakit yang nak di-claim tu sebelum mula mencarum, maka tak perlu risau, claim akan dibayar balik.

Nota:

  1. company insuran guideline dia tak sama seperti di post ni ya, kena check dengan HR company masing-masing macam mana proses claim yang di-ambil. Even if Syarikat A dan Syarikat B ambil dari syarikat insuran yang sama, tak semestinya proses claim sama sebab pakej yang diambil mungkin berbeza.
  2. Senarai specified illness:

    ab2c62_a1bbd43de3d44db1853c7af958ea58ac_mv2.png

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp