← All Posts

Tak boleh claim insuran, betul ke?

Minggu lalu, artikel di surat khabar The Star menceritakan bagaimana seorang ahli perniagaan gagal menerima claim penyakit kritikal dari Great Eastern kerana terdapat “non-disclosure” tentang status kesihatan beliau. Ianya menjadi kes mahkamah, dan masih dibicarakan.

Saya melihat comment-comment di Facebook, memburukkan syarikat insuran Great Eastern (GE) kerana ia tidak memenuhi janji kepada pelanggan. Ramai juga yang bukan hanya memberi kritikan kepada GE, tapi kesemua industri insuran dan takaful. “Insuran tau nak ambil duit je, tapi apabila masa claim, mereka banyak helah”, katanya.

Seringkali juga, saya lihat cerita-cerita viral di media sosial tentang claim yang tak lulus ni. Ada cerita AIA, Prudential, Great Eastern. Mungkin ada juga cerita tentang syarikat insuran lain yang saya belum tengok.

Kebanyakan cerita ini, kita tak tahu maklumat keseluruhan, dan banyak pembaca sebab tak nampak full story tu, maka mereka jump to conclusion.

Saya pun tak tahu apa cerita betul sebenarnya, sebab claim pelanggan-pelanggan saya ok je semuanya.

Apa yang saya nak pesan di sini adalah, regulasi syarikat insuran dan takaful adalah di bawah naungan Bank Negara. Syarikat insuran tak boleh suka-suka nak gagalkan claim kita, sebab tindakan tegas boleh diambil.

Sebagai pelanggan, ianya sangat penting untuk ejen menerangkan macam mana nak claim, dan waiting period dalam insuran. Sekiranya ejen tak terangkan, maka boleh baca polisi insuran. Kalau tak faham, boleh tanya balik ejen atau tanya direct ke syarikat insuran.

Kalau ada yang kurang jelas, contact je saya 😊

Terima kasih. – wan

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp