So haritu kita dah sentuh pasal cashless claim, harini kita cerita tentang reimbursement pula.
Tak semua claim cashless, ada beberapa kategori claim yang memang tak boleh cashless, ataupun kadang-kadang, tengok situasi, mungkin department claim kena buat investigation dulu.
Biasanya ejen boleh buatkan claim ni, customer tak perlu pun nak study sangat.
Tapi, supaya kita pun sama sama faham macam mana kalau nak buat claim ni sendiri, inilah caranya:
- Dapatkan borang yang betul dari syarikat. Kalau contohnya berkenaan eksiden, maka dapatkan dan isi borang eksiden. Kalau masuk wad, cari pula borang hospitalization. Kalau tak pasti, boleh check dengan saya, atau direct dengan company insuran.
- Isi borang tu dengan teliti, jawab semua yang patut dijawab.
- Tengok checklist borang tu apa je yang kena disertakan dengan borang claim. Macam invois, resit, lab report (sekiranya berkenaan), dan lain-lain.
- Submit kepada pejabat customer service dan dapatkan acknowledgement (pengesahan), ambil gambar tarikh serahan tu.
- Biasanya syarikat akan ambil masa dalam 1-2 minggu untuk luluskan dan bayar semula kepada akaun anda, kalau terus lulus.
- Kalau tak lulus pula, tak semestinya gagal. Mungkin syarikat insurans kena minta laporan tambahan, jadi proses ni memang ambil masa sikit lah.
- Leceh tak semua proses ni? Depends. Memang kadang-kadang boleh jadi leceh. Bukan sebab syarikat insurans yang suka-suka menyusahkan, tapi mereka pun kena lah ikut SOP yang tertib sebelum meluluskan claim kan.
Sekian untuk hari ni ☺️