Lebih kurang pada tahun 2017, AIA memperkenalkan product ini dalam pasaran. Ianya hanya boleh diambil apabila wanita dah hamil 14 minggu sehingga minggu ke-35. Link dan brochure di sini. Ianya adalah satu rider, bermakna ianya kena diambil dalam plan yang lebih utama. Plan tersebut ialah A-Life Joy.
Apa feature plan ni?
Ianya mempunyai pampasan sekiranya masuk neonatal icu, inkubasi, jaundice, dan sekiranya ada rawatan penyakit kongenital. Senarai lengkap seperti di bawah:


Apa beza ni dengan medical card?
Medical card boleh juga diambil sekali masa pregnant, tapi waiting period dia tetap akan ada 120 hari selepas lahir, dan juga tidak cover masalah kongenital. Jadi kalau ada icu, incubator, dan contoh-contoh lain seperti rajah di atas, ianya tidak di-cover oleh kad medical.
Apa kelebihan plan ni?
Baby care + kad medical apabila diambil sebelum lahir, ianya menjamin coverage anak dari sebelum lahir. Sekiranya ambil selepas lahir pun, tiada masalah dalam kebanyakan kes.
Cuma ada segelintir client saya, mereka lupa nak beritahu kepada saya mereka hamil, dan selepas hamil pula, anak ada masalah kongenital. Disebabkan ini, permohonan untuk daftar insuran ditolak atas sebab risiko yang tinggi.
Jadi dalam hal ini, memang kita boleh rasa lebih selamat apabila ambil insuran awal-awal sebelum lahir.
Apa kekurangan plan ni?
Harga yang agak mahal, lebih kurang RM 250-RM 300 per bulan, bergantung kepada usia ibu dan minggu pregnancy keberapa. Tetapi harga ini hanya tinggi sampai usia 5 tahun sahaja, dan selepas itu Baby Care pun boleh dimansuhkan dari plan utama, dan caruman pun boleh dikurangkan.
Permohonan juga tidak dijamin lulus. Semasa mendaftar, borang dari doctor O&G diperlukan, dan kelulusan permohonan bergantung kepada report dari doctor tersebut.
Terima kasih kerana membaca! - wan