← All Posts

Product Review: A-Life Sejuta Makna, the Cheapest Life/Hibah Plan

English

If you’re looking for an affordable plan with high coverage, A-Life Sejuta Makna might be just what you need.

Why Choose A-Life Sejuta Makna?

This plan is one of the most affordable options in the life insurance and takaful market, targeting those who want essential coverage without breaking the bank. Here’s a closer look:

  • The Advantage: RM 1,000,000 coverage, low payments.
  • The Limitations:
    1. This policy doesn’t offer a maturity payout, and coverage stops at age 60. If you outlive the policy, no payout is provided.
    2. It comes with a single coverage option of RM 1,000,000, hence “Sejuta”. There’s no other payout option.

Why Coverage Until 60 is Often Enough

Most people seek life insurance to provide a financial cushion for their families during their peak working years. This period is typically when mortgages, education costs, and general living expenses create a significant financial load. As retirement draws closer, the need for life insurance lessens as debts reduce and financial dependents become adults.

Additional Benefits: Takaful Plan with Conditional Hibah

A unique feature of A-Life Sejuta Makna is the instrument of a conditional hibah payout. This setup allows the policyholder to bypass inheritance laws under the Distribution Act and faraid allocation. Whether the beneficiary is a friend, partner, or adopted child, the individual you name can receive 100% of the payout, free from claims by creditors or legal entities. It’s available for purchase for anyone, Muslims and non-Muslims, Malaysians and non-Malaysians.

Comparison with A-Life Wealth Builder and A-Life Legasi Beyond (Male, age 30 sample)

Male, 30 A-Life Wealth Builder A-Life Legasi Beyond A-Life Sejuta Makna
Life Coverage Amount RM 1,000,000 RM 1,000,000 RM 1,000,000
Investment-linked? Yes Yes No
Conventional/Takaful Conventional Takaful Takaful
Maturity Age 70 70 60
Estimated Surrender Value RM 331,700 RM 358,100 0
Premium/Contribution per Month RM 442.50 RM 462.50 RM 210.00

Bahasa Malaysia

Jika anda mencari pelan mampu milik dengan perlindungan yang tinggi, A-Life Sejuta Makna mungkin tepat untuk anda.

Kenapa Pilih A-Life Sejuta Makna?

Pelan ini adalah antara pilihan yang paling mampu milik dalam pasaran insurans hayat dan takaful, sesuai untuk mereka yang mahu perlindungan asas tanpa membebankan bajet. Berikut adalah perinciannya:

  • Kelebihan: Perlindungan RM 1,000,000 dengan bayaran premium yang rendah.
  • Kekurangan:
    1. Polisi ini tidak menawarkan bayaran matang, dan perlindungan tamat pada umur 60 tahun. Jika anda hidup melebihi tempoh polisi, tiada bayaran diberikan.
    2. Hanya ada satu pilihan perlindungan iaitu RM 1,000,000, sebab itu ia dinamakan “Sejuta”. Tiada pilihan bayaran lain.

Mengapa Perlindungan Hingga 60 Tahun Sudah Mencukupi

Kebanyakan orang mencari insurans hayat untuk menyediakan pampasan bagi keluarga mereka ketika berada dalam tempoh kerjaya. Tempoh ini biasanya melibatkan beban kewangan yang besar seperti pinjaman rumah, kos pendidikan, dan perbelanjaan harian. Apabila menghampiri usia persaraan, keperluan untuk insurans hayat berkurang kerana hutang semakin berkurang dan tanggungan juga menjadi dewasa.

Manfaat Tambahan: Pelan Takaful dengan Hibah Bersyarat

Salah satu ciri unik A-Life Sejuta Makna ialah instrumen hibah bersyarat. Struktur ini membolehkan pemegang polisi mengatasi undang-undang warisan konvensional di bawah Akta Pembahagian dan pembahagian faraid. Sama ada penerima hibah adalah rakan, pasangan, atau anak angkat, individu yang anda namakan akan menerima 100% pembayaran tanpa tuntutan daripada pemiutang atau badan undang-undang. Pelan ini boleh dibeli oleh sesiapa sahaja, Muslim dan bukan Muslim, warganegara Malaysia atau bukan.

Perbandingan dengan A-Life Wealth Builder dan A-Life Legasi Beyond (contoh untuk Lelaki, usia 30)

Lelaki, 30 A-Life Wealth Builder A-Life Legasi Beyond A-Life Sejuta Makna
Life Coverage Amount RM 1,000,000 RM 1,000,000 RM 1,000,000
Investment-linked? Yes Yes No
Conventional/Takaful Conventional Takaful Takaful
Maturity Age 70 70 60
Estimated Surrender Value RM 331,700 RM 358,100 0
Caruman per bulan RM 442.50 RM 462.50 RM 210.00

Quotation PDFs

A-Life Sejuta Makna.pdf

A-Life Legasi Beyond.pdf

A-Life Wealth Builder.pdf

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp