Di blog-blog sebelum ini saya ada bercerita dah secara tidak langsung berkenaan income protection, cuma pada post ini saya nak berikan fokus khas untuk subjek ini.
Bayangkan, kita secara individu, ataupun dah berkeluarga, dan seperti lazim masyarakat biasanya, kita mempunyai komitmen bulanan seperti perbelanjaan makan, bil-bil utiliti kediaman, ansuran rumah/sewa dan ansuran kenderaan.
Komitmen-komitmen tersebut tidak menjadi masalah apabila pendapatan kita cukup untuk membayar semua kos tersebut. Tapi apa yang terjadi apabila kita tidak dapat bekerja sebab jasad kita tidak mampu berfungsi dengan optimum? Ada kemungkinan, punca pendapatan kita pun boleh putus.
Insuran income protection adalah untuk melindungi pendapatan kita, dan ada dua sebab mungkin anda boleh consider product ini:
- Penyakit kritikal (critical illness)
- Kelumpuhan (disability)
- Kalau anda dibuang kerja sebab mengular, maaf yang ni takde insuran yang boleh cover
Critical illness
Produk critical illness memberikan kita pampasan sekiranya kita menerima diagnosis salah satu penyakit kritikal yang tersenarai. Pampasan yang diberikan bergantung kepada jumlah yang kita ambil. Contohnya kita ada sign-up untuk coverage critical illness RM 100K, apabila dapat diagnosis yang tertentu, maka wang tunai ini akan dibayar oleh syarikat insurans kepada kita.
Kenapa perlu wang tunai tu? Untuk bayar kos rawatan ke? Ia bukan untuk cover kos rawatan medical kita, sebab ianya boleh claim dari kad medical. Wang ini bertujuan sebagai income replacement untuk sementara. Seperti yang kita maklum, sesetengah penyakit kritikal memerlukan kita berehat seketika untuk pulih sebaik yang boleh. Mungkin ianya mengambil masa beberapa bulan, mungkin sampai 1-2 tahun sehingga kita boleh bekerja semula.
Disability
Kecacatan boleh bersifat kekal atau sementara. Sekiranya ianya kekal, dampaknya besar kepada kehidupan sehari-hari kita. Mungkin kita perlukan peralatan khas untuk bergerak, atau mengubahsuai kediaman kita supaya lebih sesuai dengan mobiliti yang terhad, atau kita juga mungkin akan memerlukan penjaga yang dapat memberikan pemantauan setiap masa dalam kehidupan kita.
Bergantung kepada jenis pekerjaan kita, mungkin kerja yang kita buat sebelum ini sudah tidak lagi boleh dilakukan dengan sesetengah jenis kekurangan upaya.
Berapa banyak disability insurance yang kita perlukan? Disebabkan disability ini boleh datang dalam pelbagai ragam dan ianya bersifat kekal, saya pun tiada jumlah yang saya boleh suggest sebagai rule of thumb. Ada leader di group saya pernah cakap jumlahnya kena sama dengan pendapatan kita dikalikan dengan 20, ianya akan cukup untuk kos-kos yang bakal melanda. Cuma kita tak perlu takut dengan angka 20 tu, kalau nak start dengan 10 tahun, 5 tahun, atau 1 tahun pun boleh. Protection yang terbaik adalah apa yang kita mampu ambil sekarang, dan kemudian boleh top-up kepada jumlah yang lebih tinggi apabila lebih mampu lagi.
Disability yang bersifat sementara pula mungkin sebab kita masuk hospital beberapa hari, dan pendapatan kita pula mungkin bersifat per-job macam pemandu Grab, atau plumber, jadi product yang sesuai adalah elaun harian wad di mana kita boleh menerima sejumlah wang setiap hari kita diwadkan.
Kalau kita ada temporary partial disability macam patah kaki dan tidak dapat kerja berminggu-minggu, ini pun ada juga product yang bersesuaian yang boleh memberikan pampasan berbentuk elaun mingguan.
Terima kasih! – wan