← All Posts

Medical repricing: kenapa ia berlaku

Ini adalah blog singkat menerangkan kenapa kita terima surat dari syarikat insurans menyatakan ada peningkatan caruman lebih dari jumlah awal semasa kita ambil polisi tersebut. Tak kira lah AIA, Prudential, Great Eastern. Semua dah kena.

Kalau kita baca surat tu, biasanya ia akan sebut macam ni: disebabkan kos medical makin meningkat, maka caruman perlu dinaikkan supaya wang cukup untuk membayar claim-claim akan datang.

Itu benar, tapi ada lagi explanation tersirat. Saya akan jelaskan.

Tanggungjawab syarikat insurans adalah mengendali wang pencarum untuk memenuhi beberapa keperluan:

  • Membayar claim sekiranya ada customer sakit/disabled/meninggal
  • Bayar kos admin syarikat
  • Keuntungan/komisen kepada syarikat dan ejen

Caruman yang ditetapkan semasa kit amula mencarum dah ditentukan oleh pihak aktuari. Ianya mengambil-kira faktor berdasarkan data yang ada sebelum ni dan jangkaan mereka untuk masa depan

  • Berapa orang akan mencarum
  • Berapa banyak yang akan dicarum setiap tahun
  • Berapa banyak claim yang akan dibayar setiap tahun

Dalam situasi yang ideal, tentunya caruman tu dah cukup dan tak perlu lagi dinaikkan. Syarikat insuran pun tak suka menaikkan caruman dengan sesuka hati, mesti lah pelanggan tak suka kan.

Namun, prediction syarikat tidak semestinya betul. Apabila nisbah pencarum yang masuk wad / claim insuran dari yang dijangkakan, maka purata caruman yang dikutip kena dinaikkan supaya claim-claim di masa akan datang boleh dibayar oleh syarikat.

Adakah ianya legal? Ya, syarikat boleh mengubah kadar caruman dengan memberikan notis sekurang-kurangnya 3 bulan kepada pelanggan. Ini sudah termaktub dalam kontrak polisi antara pelanggan dan syarikat.

Untuk kata penutup, saya doakan supaya semua pencarum polisi sihat sihat belaka, supaya caruman kita pun takde lah dinaikkan lagi 😊

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp