← All Posts

Kemasukan wad cashless

Jadi, kita pun dah ada medical insuran/takaful peribadi. Bagaimana procedure sekiranya nak masuk wad?

  1. Pergi ke hospital; samada jumpa GP atau specialist, dan doctor nasihatkan untuk masuk wad supaya dapat rawatan / kena buat surgery (operation).
  2. Doctor/ staff hospital akan tanya kita buat bayaran cash, atau pakai insurance.
  3. Sekiranya pakai insurance, maka aka nada borang yang di-isi oleh pihak doctor dan hospital.
  4. Borang ini akan diberikan kepada claims department syarikat insurans.
  5. Syarikat insurans akan menelaah borang tersebut, dan akan ambil masa lebih kurang 1 jam, untuk meluluskan atau menolak cashless facility tersebut.
  6. Sekiranya lulus, maka kita dah boleh masuk wad, dan apabila discharged wad, dah tak perlu lagi bayar apa-apa, kecuali kalau polisi tu ada deductible/co-insurance/co-takaful atau terlebih limit.
  7. Adakah deposit hospital perlu dibayar? Ya, ia depends kepada hospital, sebab deposit bukan dalam kawalan syarikat insurans. Terdapat beberapa hospital yang boleh waive deposit ini kalau kita ada insurans dengan syarikat tertentu. Tapi lebih elok sediakan saja kad kredit, swipe, dan mereka pun akan refund apabila dah discharged dari wad.
Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp