← All Posts

Cara untuk elakkan lapse polisi

Apabila bayaran tidak terima untuk insuran kita, polisi kita akan lapse. Lapse polisi merupakan benda yang tak elok, sebab perlindungan insurans / takaful kita akan terhenti sekiranya ini terjadi.

Ada kala, memang kita tengah tiada wang untuk bayar caruman. Seringkali juga, kadang-kadang kita tak sedar pun polisi kita boleh lapse.

Kalau kita bayar balik untuk sambungkan semula caruman kita, waiting period pula akan bermula semula, dan kalau pernah claim sebelum tu pula, mungkin akan ada exclusion.

Pendek kata, lapse tu tak elok, dan ini cara untuk elakkan:

  1. Kad kredit lebih digalakkan Ini disebabkan sistem MyDebit selalu bermasalah untuk autodebit, security system mereka agak tinggi dan walaupun ada baki dalam kad, seringkali terjadi kad tak dapat di-caj.
  2. Kalau pakai kad debit pun, call bank untuk benarkan kad di-caj. Sesetengah bank tak perlu call, sesetengah bank perlu. Saya pun tak pasti sebab apa, tapi untuk lebih selamat, call saja bank anda, hanya perlu call sekali untuk authorize, dan selepas tu tak perlu call lagi dah, kad akan berjaya di-caj dengan kadar yang lebih tinggi.
  3. Install app My AIA, atau app lain sekiranya anda melanggan dengan pengendali insurans yang berbeza. App ni kita rajin-rajin check untuk pastikan bayaran semua elok. Betul, ejen akan check juga bayaran, tapi apabila ramai sangat client, sometimes memang boleh terlepas pandang. Jadi kerjasama oleh pelanggan dalam hal ni sangat membantu, untuk kebaikan sendiri juga.
  4. Komunikasi dengan ejen untuk adjust bayaran Sekiranya kita ambil plan yang awalnya lebih mahal dan mungkin situasi kewangan kita berubah dan kurang mampu untuk bayar caruman yang sama, benefit kita boleh diubahsuai supaya boleh jadi lebih murah – tapi bukan untuk semua product kita boleh adjust ya, ianya depends product apa.

Thanks for reading! – wan

Have a question?

Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur

WhatsApp