- Prinsip pencen adalah kita perlu ada wang yang cukup apabila kita tidak bekerja lagi sehingga kita meninggal.
- Oleh itu, kita perlu establish tiga maklumat terlebih dahulu:
- Bila kita bersara?
- Seksyen 4(1) Akta Umur Persaraan Minimum 2012 menetapkan bahawa usia persaraan minima adalah di usia 60.
- Bila kita meninggal?
- Jabatan Perangkaan Malaysia memberi jangkaan purata rakyat Malaysia akan hidup sehingga usia 75 tahun. Ini adalah purata, maka ada yang akan hidup lebih lama, dan ada yang hidup lebih singkat.
- Berapa wang yang kita perlu setiap tahun dari masa bersara sehingga meninggal?
- EPF mengesyorkan kita ada minimum RM 240,000 pada usia 55. Kalau kita simpan RM 240,000 ni di EPF sehingga usia 60 dengan kadar pulangan 5% per tahun, maka kita akan ada RM 306,000 di usia 60.
- Bila kita bersara?
- Di usia 60, kalau kita assume duit tersebut tidak berkembang lagi, maka dalam 15 tahun persaraan kita boleh berbelanja RM 1,700 sebulan (RM 306,000/15 tahun/12 bulan).
- Kalau usia kita sekarang 30 dan akan bersara di usia 2051 (usia 60), tentunya jumlah ni pasti akan berubah dengan inflasi 30 tahun kemudian. Inflasi di Malaysia adalah lebih kurang 3% per tahun.
- Sekiranya kadar wang diperlukan pada tahun 2021 adalah RM 306,000 sebagai seorang yang berusia 60, maka pada tahun 2051, dengan kadar inflasi 3% di Malaysia, kita perlu ada RM 740,000 (sebagai seseorang yang berusia 60 di tahun 2051).
- Cukup ke tu? Kalau kita takde komitmen bayar kereta, rumah, dan hidup simple tanpa travel ke sana sini, ianya cukup untuk persaraan.
- Tapi kalau hidup telalu lama, tu boleh jadi problem juga. Se-eloknya kita save lebih banyak dari minimum yang disyorkan oleh EPF supaya lebih tenang kewangan kalau terlebih panjang usia kita.
- Sekiranya anda rasa jumlah tu tak cukup dan rasa nak lebih enjoy di hari tua, maka anda boleh save lebih setiap bulan mulai sekarang. Beberapa cara save untuk extra (ikut citarasa masing-masing):
- Ketepikan sebahagian wang setiap bulan dan masukkan di ASB, Stashaway, Wahed, PRS. Kalau masih muda, ambil risiko lebih sikit takpe sebab wang tu masih ada masa yang banyak untuk berkembang.
- Kalau rasa tak boleh save lebih, ini bermakna cost of living kita kena dikurangkan.
- Beli rumah awal-awal, supaya masa pencen nanti rumah dah habis bayar.
- Lahirkan ramai anak dan didik mereka supaya pandai cari duit dan masa besar bagi duit ke mak ayah. Tapi kos untuk membesarkan anak juga tinggi, dan tiada jaminan anak tu akan berjaya di masa depan. Jadi mungkin tip ni tak begitu berkesan untuk boost retirement savings kita.
- Last sekali, komponen insurans/hibah. Dalam perjalanan kita menuju ke usia 60 ni, tentunya kita harap semua akan berjalan lancar. Tapi, mungkin juga boleh jadi tak lancar. Critical illness / disability boleh berlaku, dan apabila ini terjadi, mungkin kita tak boleh lagi mengumpul duit dari EPF sebab dah tak bekerja. Silap-silap, even duit kita yang kita dah kumpul di atas EPF (yang kita patut guna masa pencen) tu pun kita pakai juga untuk menyara hidup sehari-hari sekarang.
- Kita boleh plan dari sekarang untuk ada coverage disability dan penyakit kritikal supaya ada pampasan sekiranya musibah ini melanda kita. Produk yang ada di pasaran sekarang akan bayar sekiranya kena musibah, tetapi ia juga akan berikan balik wang kita sekiranya tiada berlaku apa-apa. Talk to your agent :)
Berapa banyak wang kita perlu ada waktu pencen
Have a question?
WhatsApp
Get in touch with Wan Muthalib · AIA Agent, Kuala Lumpur