Kehidupan ni ada banyak jenis kerunsingan. Dalam kehidupan sementara di dunia ni ada dua dilemma yang melanda majority manusia: apabila kita hidup terlebih singkat, atau kita hidup terlalu lama. Untuk hidup yang terlebih singkat ni, solusi dia adalah life insurance. Untuk hidup terlalu lama pula solusi dia adalah simpanan yang cukup (akan dikupas di blog akan datang).
- Ada dua fungsi Life insurance, atau hibah takaful:
i. Mewariskan sejumlah wang apabila apabila kita meninggal
ii. Pampasan untuk diri sendiri akibat cacat kekal (total and permanent disability)
Tu je! Tak susah pun konsep ni. Meninggal = bayar kepada ahli keluarga. Cacat kekal = bayar ke diri sendiri.
- Berapa jumlah yang kita perlu ambil?
Ianya bergantung kepada beberapa faktor:
i. Ada anak yang masih membesar? Kalau ya, kirakan berapa cost of living mereka per bulan, termasuk pendidikan, sampai usia mereka 23 (lebih kurang usia ni mereka dah graduate dan masuk ke alam pekerjaan)
Kalau usia anak baru lahir, kita puratakan kos hidup RM 1,000 per bulan X 23 tahun, maka kalau dengan kiraan ni, jumlah yang kita kena ambil untuk anak adalah RM 230,000. (ini contoh saja ya, calculation setiap orang akan berbeza)
ii. Ada suami/isteri/ibu bapa yang bergantung secara kewangan dengan kita? Mungkin kita pun nak juga lah berikan wang kepada mereka, dan kiraan tu pun ikut masing-masing punya keingingan.
iii. Ada hutang apa-apa tak? Kereta, rumah, dan lain-lain. Kita jumlahkan yang mana yang belum lagi ada insuran.
iv. Untuk faedah disability, ni lebih banyak variable dia. Seteruk mana disability kita, berapa kos penjagaaan kita, apa komitmen yang kita masih ada kepada bank dan perbelanjaan harian. Untuk disability, biasanya saya akan kira ikut point 1-3 juga. Kalau single dan tiada tanggungan, kita boleh fikir macam ni: kalau kita sampai kena masuk nursing home, berapa kos per bulan tu? Ianya RM dari RM 2,000 –RM 4,000 sebulan.
- Plan jenis apa yang ada
i. Term life: murah kalau nak ambil untuk jangka masa pendek, 5-10 tahun contohnya. Ini sesuai kalau kita ada property yang nak jual dalam tempoh masa dekat dan tak nak ambil MRTA/MRTT yang lama. Atau kalau anak kita dalam usia remaja dan kita perlukan perlindungan tu untuk tempoh masa sekejap sahaja.
ii. Investment-linked: sesuai untuk jangka masa panjang dan sangat fleksibel, ianya boleh jadi MLTA/MLTT apabila perlu, perlindungan untuk diwariskan ahli keluarga apabila perlu, dan yang lebih menarik lagi, kita boleh dapat balik wang kita dalam bentuk simpanan. Bayar sejumlah wang setiap bulan, dan pada akhir tempoh, kalau tiada terjadi apa-apa kepada kita, duit yang kita carum tu akan dapat semula.
Thanks for reading! – wan